Want your
own Fotopage?








 
Aliah and Family's FotoPage

By: aliah jamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Patterns

 
 
 
View all 12 photos...
Quote:
These shots were taken inside Noritake outlet shop, Wakamiya cho, Fukuoka prefecture. Time: about a month ago. Bought some omeyage (souvenir) for our family and friends.



nice shot ...................................... Sun 4-Dec-2005 05:37
Posted by:korok  - [Link]
Cantik design dia...cantik kalau buat collection ni... Mon 5-Dec-2005 05:43
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
setaraf dengan set kat istana sultan selangor kalau beli set ni! Mon 5-Dec-2005 10:15
Posted by:pokcik
View all 4 comments Add comment


Friday, 2-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn siries~Yufuin

 
 
 
View all 21 photos...
Masih lagi mood autumn biarpun dah masuk winter .

Quote:
Jalan-jalan sekitar Yufuin melihat keindahan alam... sambil-sambil menenangkan hati dan melapangkan fikiran, masih ada lagi suasana autumn rupanya. Bila momiji terkena pancaran matahari...warnanya sangat cantik. Memang menawan kalbu
.






Tak puas rasanya tengok keindahan ni...walaupun dah banyak FP yg ada gambar autumn ni, masih lagi suka tengok keindahannya... Fri 2-Dec-2005 16:27
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Wednesday, 30-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kreativiti Zakiah

 
 
Hasil kerjatangan Zakiah dalam kelas lukisan di sekolahnya.

Quote:
Menurut Satou sensei, guru lukisannya, Zakiah beritahu dalam kelas bahawa ini adalah mama dan Haura yang menemaninya setiap hari ke sekolah.



Kanak kanak ni biasanya very creative...dan view dia org on things adalah view yg cukup innocent...tanpa prejudis... Wed 30-Nov-2005 16:29
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Macam kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa mereka utk. mencorakannya. Thu 1-Dec-2005 11:59
Posted by:jamal
Add comment


Monday, 28-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn siries ~ Yabakei

 
 
 
View all 33 photos...
This is the second time we visit Yabakei. Still beautiful though lot of maple leaves fell off. In this visit we have the freedom to stop over at the places that we couldn't do so in the last visit due to no parking space (full). There was not so many people around....I guess as at the end of the autumn or we get there early (where some people still in their bed).

Quote:
Sebenarnya dalam perjalanan ke Nakatsu untuk ke rumah Tini, kami pilih jalan R28 untuk memberi peluang kepada rakan-rakan menikmati keindahan kouyou di Yabakei dan perkampungan Jepun. Terima kasih banyak Tini...dari mula duduk sampai balik tak habis-habis mengunyah...sedap-sedap belaka. Terima kasih juga teman-teman lain yang berada di Nakatsu di atas layanan mesra. Tak boleh nak berlama-lama sebab ada acara lain yang menunggu. Balik pula kami lalu R10. Singgah sekejap di Mr. Max. Tak sempat ke Matama beach. Lain kali (kalau ada kesempatan).
Kepada teman-teman di Nakatsu...kalau datang ke Oita, jemputlah bertandang ke Dai 3 Wakakusa Biru di Ishigaki Higashi, Beppu City .











waaa... mcm dalam fairy tale.. cantik nya... Mon 28-Nov-2005 11:27
Posted by:Shah, Sya, Syahmi syarezan@yahoo.com  - [Link]
Vote for pic besar #1... Fri 2-Dec-2005 07:30
Posted by:chendana
gambar #7 menarik.banyak kaler daun2...tahun nih tak gih momiji gari maner2 pon..semua budak sebok perekse.. Sat 3-Dec-2005 06:32
Posted by:baruang makcikbaruang@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 23-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bunkasai (Cultural Day)

waktu latihan
hari-hari tengok diaorang berlatih- Haura dan hana chan
lakonan dari pelajar sekolah rendah ~ rehearsal
View all 15 photos...
Hari ini pertama kali kami menyertai bunkasai ( hari kebudayaan) di sekolah Zakiah memandangkan tahun lepas kami balik Malaysia. Dua minggu sibuk dengan persiapan persembahan dan pameran...sampai juga hari yang ditunggu dan syukur semua berjalan dengan baik. Zakiah ingat dialog yang perlu diucapkan dan aksinya juga selamba, tidak takut-takut. Tergambar kepuasan di muka guru-gurunya setelah penat menyediakan pentas dan melatih anak murid apabila persembahan berjalan dengan sempurna. Tak ada yang menangis, tak ada yang berlari atas pentas atau yang mahu buang air mahupun mencari-cari ibu mereka.

Teringat masa latihan dan raptai penuh...banyak lagi kesilapan dan kekurangan. Karenah anak-anak kecil yang baru berusia empat hingga enam tahun dan kurang pancaindera, berbeza dengan karenah anak-anak normal. Amat sukar untuk menerangkan apa yang perlu dilakukan. Satu yang dikagumi ialah ketabahan cikgu melaksanakan tugas dengan dedikasi, dan amat tegas terhadap anak murid sehingga anak murid patuh dan berusaha untuk buat yang terbaik. Tiada ibu-ibu yang terasa hati bila anaknya kena marah dihadapan mereka apabila tidak berdisiplin semasa latihan mahupun selepas latihan ( setiap pelajar bertanggungjawab terhadap costume masing-masing) atau terlupa dialog. Apabila anak-anak dapat menjayakan lakonan dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh...hati tiba-tiba jadi sayu kerana usaha anak-anak ini untuk menjadi manusia yang normal seboleh mungkin biarpun kurang satu pancaindera.

Quote:
kata Hanna dia nak menangis sebab simpati dengan nenek dan datuk yang miskin, tiada duit untuk menyediakan juadah untuk sambut tahun baru. Tiada pula yang sudi membeli topinya


Selepas tamat persembahan, keluarga boleh membeli makanan, ke bazar jualan ( macam fleamarket), tengok pameran ( p&p anak-anak dan hasil kreativiti pelajar) atau ikut serta game yang disediakan sementara anak-anak ambil peluang untuk bermain.

Quote:
Zakiah melakonkan dua watak, pertama sebagai gadis yang membeli sayur dan ikan dipasar. Apabila diminta membeli topi oleh datuk dan nenek yang miskin, gadis tersebut enggan membelinya.
Yang kedua sebagai kanak-kanak yang riang bermain dan bersedia untuk menyambut tahun baru (osougatsu).











Bagus ni...berpeluang juga dia org mempelajari mengenai kebudayaan lain... Wed 23-Nov-2005 16:44
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Peluang yg teramat bagus untuk dirasai oleh anak2 kita....menyelami budaya mereka! Wed 23-Nov-2005 23:25
Posted by:chendana
Add comment


Tuesday, 22-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn Siries ~ Yufuin's Scenery

 
 
 
View all 12 photos...
These pictures were taken last sunday. The weather was nice that day. Unfortunately hubby was not joined us...busy with his paper... just went there with the kids.
The pictures were not really nice, still learning to take a good picture Zannen.
I love Yufuin...just look like Kundasang. Teringat kampung halaman.





Keindahan yg sungguh mempersonakan... Tue 22-Nov-2005 11:21
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
If only i was here... Damn it sooo beautiful!!! Tue 22-Nov-2005 14:02
Posted by:AKU DEVILX hafizurrahman@imateradigital.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 17-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn siries~Takkirikeikoku

 
 
 
View all 18 photos...
Quote:
Dari Yabakei kami lalu R27 untuk ke Ajimu dan seterusnya ke Beppu, dapatlah singgah sebentar di Takkirikeikoku untuk merehatkan badan dan fikiran yang masih pening-pening akibat kesesakan di Yabakei


Tenang dan mendamaikan...yang kedengaran hanya deruan air sungai dan nyanyian si burung sambil menikmati keindahan musim luruh.






cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t... Thu 17-Nov-2005 08:46
Posted by:wannieda  - [Link]
Sememangnya indah... Thu 17-Nov-2005 15:10
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
hmm jeles dgn kak alia sbb kak alia byk jumpa tempat2 yang best!!fotopages nie mmg jadi rujukan tini gamaknya gambar pun cantik2 belaka..huhh bila laa nk pandai amik gambar cantik camni. Fri 18-Nov-2005 03:36
Posted by:tini rizrinie@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 16-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Happy birthday Fatimah

 
 


Happy birthday Fatimah........semoga jadi anak yang solehah Thu 17-Nov-2005 00:22
Posted by:yangmazni  - [Link]
Omedetou tanjiobi Fatimah..tunggu 3 hari lagi leh sambut ngan untie Ha pulak yer! Thu 17-Nov-2005 05:53
Posted by:chendana n family  - [Link]
Happy belated birthday... Thu 17-Nov-2005 15:11
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Autumn siries~Yabakei

pemandangan dari dalam kereta
 
 
View all 15 photos...
Kalau tanya orang Jepun, mana tempat autumn paling cantik di Oita, jawabnya....Yabakei. Tv pun recommend tempat yang sama. Malah dikatakan di antara 5 terbaik di Jepun. Sebab tu flet no. kereta banyak daripada luar. Mungkin kerana momiji tumbuh secara semulajadi di antara batu besar di kawasan pergunungan. Berbeza dengan apa yang ada di Kyoto..ditanam untuk commercial. Sayangnya masa kami pergi, daun dah banyak luruh sebab semalam hujan sepanjang hari. Macamana pun kami dapat merasai suasana baru dan melihat ragam orang Jepun menikmati kouyou (autumn leaves) di pekan kecil bernama Yabakei.

Peluang untuk orang tempatan menambah pendapatan.
Pengunjung datang berpusu-pusu. Nak dapatkan parking pun susah. Kena tunggu giliran.




Eh lawa laaaaa pic BATU atas bukit tu...mana akak jumpa tmpt ni hehehehe...

Len kali kene ajar tmpt2x best utk ambik gambar ni ok?
Thu 17-Nov-2005 01:04
Posted by:ejey  - [Link]
Oooo..ini ker Yabakei..mmg lain dari yg lain!Boleh menawan hati siapa yg memandang.... Thu 17-Nov-2005 05:47
Posted by:chendana n family  - [Link]
the lovely colours of autumn how i wish i could have the privilege to see them
saya suka sangat 2 gambar besar yg last tu
Tue 22-Nov-2005 10:31
Posted by:Pisces Iscariot  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 14-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Oita expressway

jalan cantik
tapi max kelajuan hanya 80km/h
depan tu Yufudake
View all 6 photos...
Gambar dirakam semasa dalam perjalanan ke Yabakei. Menariknya e/way di Kyushu ni, e/way dibina di kawasan pergunungan, namun keindahan alam semulajadi tatap dikekalkan... sebab itu banyak jambatan dan terowong dibina. Sambil memandu dapat juga menikmati pemandangan yang cantik.

Besar juga tu...nampak lengang pula... Mon 14-Nov-2005 16:38
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
waktu gambar dirakam memang ambil waktu kereta kurang...macamanapun hakikatnya memang kenderaan di kyushu e/way kurang berbanding tempat lain. Tue 15-Nov-2005 09:27
Posted by:alia  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.