Want your
own Fotopage?








 
Aliah and Family's FotoPage

By: aliah jamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Winter siries~frozen lake

 
 
 
View all 6 photos...
In one nice and cosy evening. Still in a New Year's mood.
Location: Shidaka lake.

Quote:
In Germany and most of the Eastern Europe, celebrating new year by bathe in the frozen lake or frozen river is common. Well how about in Japan. Sea bathe.

Ada tak frozen lake kat Tokyo agaknya? Tenangnya nampak suasana di tasik tu.......ni yg tak sabar nak gi Kyushu ni........ Sat 7-Jan-2006 19:59
Posted by:KakTina
Perfetto! Mon 9-Jan-2006 13:30
Posted by:Alba solare  - [Link]
Cantik dan cool.... Wed 11-Jan-2006 01:24
Posted by:chendana  - [Link]
Add comment


Saturday, 31-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
新年明けまして ~ Happy new year 2006

 
 
 
Di Jepun menyambut tahun baru adalah satu perayaan utama dan menghantar kad-kad ucapan selamat tahun baru (disebut nengajo) pula satu tradisi. Kad-kad tahun baru mula dipos seawal 1 Disember dan pejabat pos akan simpan sampai tahun baru. Kad-kad hanya akan dihantar ke rumah-rumah pada awal pagi 1 Januari. Jadi buka je peti surat pada pagi tu dan terima pula banyak kad...suasana tahun baru terasa dan sentimental pula jadinya...touching. Sebab tu mereka gunakan ramai pekerja sambilan yg. menggunakan basikal dan motosikal menghantar kad dari rumah ke rumah. Di TV pun ada ditunjukkan bagaimana mereka mencipta cara yang sistematik untuk memastikan kad dapat dihantar pada awal pagi tahun baru.

Quote:
Hanya mereka yang kematian keluarga aje yang tak boleh diberi nengajo.


Selamat tahun baru pada semua. 本年も宜しくお願いいたします.

Selamat tahun baru 2006 utk anda sekeluarga...semoga 2006 akan membawa kebahagiaan & kejayaan buat semua... Mon 2-Jan-2006 18:57
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Happy New Year to you, too!!! Mon 2-Jan-2006 20:53
Posted by:Steve Troy  - [Link]
明けましておめでとう御座いま~す。
皆様,幸多き新春を迎えられたこととお喜び申し上げます。
本年も昨年同様よろしくお願い申し上げます。
Wed 4-Jan-2006 09:43
Posted by:ejey+farah  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 29-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
winter siries ~ yukidaruma

 
 
 
View all 9 photos...

Kalau nak g tmpt TOTORO tu, nama tempat tu UMEMACHI. Lalu jalan ROUTE 10 sampai INUKAI, then masuk jalan ROUTE 326 straight saja sampai UMEMACHI. Jalan ni jalan sama mcm nk g HARAJIRI no TAKI jugak, cuma UMEMACHI ni ikut jln ROUTE 326. Dari OITA City dlm 1jam gurai.

Kami aritu terlepas sampai UME NO MICHI-NO-EKI. Bila sampai situ baru tanya makcik kedai jual umiyage tu, dia akan kasi peta.

Selamat JALAN JALAN
Thu 29-Dec-2005 23:19
Posted by:ejey  - [Link]
Anak akak kata tak sabarnya nak pindah, nak main yuki, nak buat snowman gak.......... Sun 1-Jan-2006 10:58
Posted by:KakTina
Best ni... Mon 2-Jan-2006 18:58
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 17-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kelas memasak

gotong royong
 
 
View all 12 photos...
Hari rabu 14 Disember lalu dapatlah pengalaman jadi cikgu ERT sekejap di sekolah Zakiah. Zakiah pula jadi pembantu...tak banyak gambar yang dapat dirakam kerana sibuk mengajar dan mengejar masa. Pulak tu pengetua dan penolong pengetua juga tetamu dari luar datang sama tengok...suspen juga...boleh ke diaorang makan ni.

Cuaca yang sejuk dengan bau kuah laksam...memang membuka selera. Tiga periuk kuah laksam habis semuanya. Lepas makan dia orang buka kipas...katanya panas lepas makan laksam.Inilah kenangan manis yang akan kami bawa pulang ke Malaysia. Sedih pulak bila diingat kami akan balik Malaysia tak lama lagi.

Quote:
Cikgu dan ibu-ibu sekolah Zakiah minta kami masak satu masakan malaysia di sekolah sebelum kami balik Malaysia...asalnya nak masak tomyam tapi takut dia orang tak tahan pedas, jadi kami masak laksam yang dimakan dengan udon ( mee jepun). Resepi ini kak Ton isteri Dr. Tarmizi (jiran masa di Chiba) yang bagi..biasanya orang Jepun makan udon dengan kicap aje.

Seronok tengok gelagat dia orang nak belajar cara kita masak. Kami juga baru tahu kalau orang Jepun ni tak makan sayur mentah. Mulanya nak juga paksa dia orang makan tapi bila tengok muka dia orang dah suspen, takut pulak kena sakit perut. Jadi, tauge dan kacang kene rebus dulu
.



Menarik ni...keindahan kepelbagaian budaya... Sat 17-Dec-2005 18:53
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Otanjoubi Omedetou Gozaimasu by chance same as our wedding anniversary Sun 25-Dec-2005 01:24
Posted by:ejey+farah  - [Link]
Wah ada gaya jadik cikgu memasak....bagus tuh ajar dorang makan makanan kita pulak.
Baru tahu rupanya dorang tak boleh yer mkn ulam mentah..
Mon 2-Jan-2006 02:19
Posted by:chendana  - [Link]
Add comment


Wednesday, 14-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rice cake

lobak putih diparut
ambil air perahan limau
kemudian letak kicap
View all 21 photos...
1. Sumochi
lobak putih diparut, air perahan limau dan kicap digaul sebati, kemudian dimasukkan mochi.
Rasanya masam dan susah sikit tekak nak terima.

2. Anmochi
mochi yang diisi dengan kacang merah atau keledek. Cara buat sama macam buat kuih pau.

3. Kinakomochi
kinako dicampur gula dan garam kemudian ditabur atas mochi. Ini kesukaan Zakiah.

4. Yomogimochi
Daun yomogi direbus sampai layu kemudian disimpan dalam peti sejuk semalaman. Yomogi dimasukkan
dalam pulut yang hendak ditumbuk akan menghasilkan mochi warna hijau. Kemudian diisi inti kacang
merah atau keledek. Disalut dengan kinako. Daun yomogi ni dipetik di tepi-tepi jalan aje...macam
kangkung la.

Quote:
Suasana menyambut tahun baru di sini terasa macam sambutan hari raya di Malaysia. Meriah dan anak-anak tak sabar nak terima duit tahun baru. Kad-kad ucapan tahun baru diedar. Lebih-lebih lagi ada acara membuat mochi.
Ini adalah yang terakhir kami ikut serta membuat mochi...tahun depan nak balik Malaysia. Boleh ke nak buat di Malaysia...tapi dengarnya dah ada yang segera, tak perlu lagi ditumbuk. Atau cari aje di Jusco, kalau ada la...




Mesti sedap ni sebab dah banyak baca & dengar mengenai makanan ni... Wed 14-Dec-2005 14:01
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Kalau sempat nanti, buat demonstrasi utk ajar akak ye! [ kalau dapat pindah la.........] Wed 21-Dec-2005 00:54
Posted by:KakTina
Add comment


Monday, 12-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Making of rice cake

berat ni
ini la lesung betu Jepun
letak air panas dulu
View all 24 photos...
Entry ini hanya tunjuk cara buat mochi tanpa intinya.

Pulut yang direndam semalam dikukus sampai masak. Kemudian dimasukkan ke dalam lesung batu. Pulut digaul dengan lesung untuk dihancurkannya. Bila sudah hancur semua baru ditumbuk agar lebih lembut dan sekata. Selepas ditumbuk beberapa kali, pulut akan dibalik-balikkan sambil direnjis dengan sedikit air, kemudian ditumbuk lagi.

Seronoknya acara ini bila pulut ditumbuk oleh dua orang secara bergilir. Kalau tak pandai akan berlaga kayu penumbuk tu...berat lagi tu. Pulak tu kena cepat takut pulut sejuk...aktiviti ni sebenarnya untuk kelas pra sekolah aje...tapi ramai sensei dan staf lain datang menolong. Memang meriah.

Teringat kenangan buat dodol bersama arwah abah masa kecil dulu...





Good entry...pernah terjumpa demo wat mochi kat Flea marketto besar2an kat Kaihin dulu...tu pun yg bab tumbuk2 jer! Mon 12-Dec-2005 01:37
Posted by:chendana
Meriahnya nampak.....memang ada gaya macam kacau dodol kat M"sia. Macam ni kena masuk anak kat prasekolah, baru boleh join ee.......... Tue 13-Dec-2005 00:51
Posted by:KakTina
Cara yg baik utk mempelajari tentang budaya & cara hidup masyarakat lain... Wed 14-Dec-2005 14:15
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Sunday, 11-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Making of rice cake~preparation

cabut ubi keledek
Zakiah dapat 8 ketul
buat inti keledek
View all 6 photos...
Rice cake atau mochi adalah salah satu makanan tradisi di Jepun yang asalnya disediakan sempena menyambut tahun baru atau festival tertentu tapi sekarang boleh beli mochi bila-bila masa. Kalau mengikut sejarah, dikatakan mulanya tradisi buat mochi dihujung tahun dan dimakan sempena menyambut tahun baru bermula sejak abad ke 12 lagi. Setiap tahun, sebelum tahun baru sekolah Zakiah akan buat mochi...inilah aktiviti paling besar dan utama. Selepas ini tak perlu lagi buat scrap book...leganya.

Satu perkara yang menarik perhatian selain dapat bersama-sama buat mochi ialah betapa cepatnya orang Jepun membuat sesuatu kerja. Setiap kerja dibuat mengikut waktu yang telah dirancang...tiada yang curi tulang dan tidak berkira dalam membuat kerja. Siap aje kerja memasak...tempat menjadi bersih seperti sedia kala. Tiada sampah, tiada kerja bertangguh untuk esok hari.

Quote:
Preparation untuk buat mochi berlangsung selama dua hari. Hari Isnin kami cabut ubi keledek
(satsumaimo) yang ditanam sendiri oleh pelajar pada musim bunga lepas, kemudian setiap pelajar diminta bawa pulang ke rumah untuk dipotong-potong. Hari Selasa pula masak inti ubi keledek dan basuh pulut untuk direndam semalaman.

Kalau tak keberatan..leh tak letak resepinya dgn Standard Operation Procedure (SOP) bagaimana nak buat kek nasik tu Sun 11-Dec-2005 12:47
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
saudara brahym, resepinya akan saya masukkan dalam siri seterusnya,insya Allah. Sun 11-Dec-2005 13:01
Posted by:alia  - [Link]
A'ah...ada resepinya nak juga cuba buat kat sini...tapi tak tahulah boleh menjadi ke tidaknya... Wed 14-Dec-2005 14:21
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Friday, 9-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Winter siries ~ sky

 
 
Takasaki Yama
This is how the sky looks during winter. For me, scenery in Japan is quite unique. The color of the sky and sea as well changed according to the season....spring, summer, autumn and winter.

canteknye..
keep on shooting
Fri 9-Dec-2005 14:19
Posted by:harfad  - [Link]
ditambah pula dgn ciri2 negara matahari terbit.. tu yg sunrise lawa aje..

tapi utk sunset.. kena tanya org2 yg dok kat sana.. org kat perlis nampak
matahari terbenam kat kuala perlis aje..
Sun 11-Dec-2005 00:33
Posted by:jejaka  - [Link]
kiranya boleh tukar tu cam camofladge la yer? memang unik Sun 11-Dec-2005 07:28
Posted by:brahym brahym@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 6-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Winter Siries ~ Mount

Mount Tsurumi
 
 
Quote:
Angin kuat sangat. Terutama kat Jumonjibaru. Kalau boleh tak nak keluar rumah




sejuk sejuk duk dalam selimut jer la 24jam...sekolah pon gih tgh hari Thu 8-Dec-2005 04:54
Posted by:baruang  - [Link]
Keindahan yg terserlah...cantik captures ni... Thu 8-Dec-2005 13:05
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
cantiknyer aliaaaaaaaa Thu 8-Dec-2005 21:52
Posted by:sal  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 4-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Winter siries ~ Snow again

 
Depan rumah
Belakang
View all 5 photos...
Entry ini sebenarnya 5 Disember 2005.

Quote:
Kali ini salji turun di Beppu awal sebulan daripada tahun lepas. Angin bertiup kuat daripada semenanjung Korea dan Siberia membawa angin sejuk -33 celcius.




Cantik captures ni...suka tengok yg first tu... Mon 5-Dec-2005 05:41
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
waaaa... untung la tu! lagi puas la tahun ni main yuki.... Mon 5-Dec-2005 10:18
Posted by:pokcik
marveles sehhh... lawa pic matahari tue... Tue 6-Dec-2005 14:13
Posted by:jejaka  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.