Aliah and Family's FotoPage

By: aliah jamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Mar-2006 23:22 Email | Share | | Bookmark
Watanabe's Garden

Bungo Ume
 
 
View all 9 photos...


Saturday, 4-Mar-2006 11:06 Email | Share | | Bookmark
Ume ~ Japanese Plum Blossoms

 
 
 
View all 12 photos...
Jalan-jalan ke Beppu Park sekejap untuk menghilangkan kebosanan packing barang. Enjoy sunny day, clear sky with Zakiah and Haura'.




Thursday, 2-Mar-2006 12:27 Email | Share | | Bookmark
Pre-school activity ~ Seikatsu happyoukai

Buat backdrop
kena buat 4 musim
Inilah hasilnya
View all 15 photos...
Inilah penyertaan terakhir kami di dalam aktiviti sekolah Zakiah, anak kedua kami yang belajar di Oita Rougakkou. Selepas ini kami cuti selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia akhir Mac ini. Persembahan ini diadakan setiap hujung tahun untuk melihat pencapaian anak sepanjang setahun di sekolah....tiada exam macam kat Malaysia tu. Letih tengok anak-anak berlatih dan menyediaan peralatan, letih juga tengok cikgu-cikgunya kelam kabut mengatur aktiviti. Bukan mudah nak urus anak-anak seusia 4-6 tahun jika tiada kesabaran. Ibu-ibu pun tak boleh lepas tangan...kene ikut serta menyediakan peralatan dan melihat anak berlatih.

Kalau sistem pendidikan Malaysia ikut cara sistem pendidikan di Jepun ni....tak tahulah macamana. Takut tak ramai dah yang berminat nak jadi cikgu. Tapi sistem ni menjadikan hubungan murid dan guru kelasnya amat rapat...

Dalam kelas setiap pelajar ada binatang peliharaan dan kesukaan masing-masing. Zakiah suka zarigani (crayfish), kawan sekelasnya Satou suka ladybird dan Shibata suka katak. Berlatar belakangkan 4 musim di Jepun, mereka melakonkan balik apa yang dipelajari dari awal tahun. Banyak juga dialog yang kena diingat....namun matlamat utamanya adalah komitmen dan kesungguhan pelajar. Melatih anak-anak berani tampil di hadapan orang ramai dan membuat persembahan.

Peluang mengikuti sistem pendidikan di sini adalah satu perkara yang sangat bererti. Dulu sebelum datang Jepun saya jadi ketua guru disiplin....susahnya nak tahu rumah pelajar bila ada masalah timbul. Kadang-kadang murid tipu alamat dan nombor telefon penjaga. Ibu bapa murid pun belum tentu guru kenal. Hubungan murid dan guru nampak dekat tapi sebenarnya jauh, tak dapat nak menyelami hati murid sepenuhnya. Mungkin tekanan kepada peperiksaan menjadikan hubungan guru dan murid agak jauh.

Inilah pengalaman....orang kata jauh perjalanan luas pandangan.


Tuesday, 28-Feb-2006 08:38 Email | Share | | Bookmark
Sinaran pagi di Negara Matahari Terbit

 
 
 
Quote:
Beberapa hari ni susah nak tengok matahari terbit. Awan selalu menutupi matahari...tak pun hujan. Rasa rindu pula. Akhirnya...dapat juga menikmati matahari terbit. Subab itulah kita diajar dan selalu diperingatkan, bila dapat menikmati sesuatu....bersyukurlah kepada PenciptaNya. Belum tentu kita akan dapat menikmatinya buat kali kedua dilain kali.


Mula tu ambil aje gambar dari dalam rumah sebab cuaca masih sejuk


Tapi akhirnya keluar juga ke beranda dan ambil beberapa keping gambar.


Tak pernah jemu menanti matahari terbit dan menikmati keindahannya. Maha Agung PenciptaNya.



Sunday, 26-Feb-2006 09:05 Email | Share | | Bookmark
Beppu City ~ always in our heart

 
 
 
View all 9 photos...
Hampir dua tahun di Beppu, berulang alik dari rumah ke kelas dan menikmati pemandangan laut dan gunung ganang sepanjang pergi dan balik....meninggalkan kenangan manis yang sudah pasti akan terus terpahat di ingatan.

Sebagai satu kenangan sebelum pulang....kami ambil gambar Beppu city dari pelbagai sudut. Mula tu ambil gambar dari Tanoura Beach.

Masih lagi ingat masa mula-mula sampai negara matahari terbit ni...bila lah nak balik Malaysia semula...tapi bila dah nak balik, terasa belum mahu balik. Kalau ada peluang pasti akan datang lagi.







[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net